AI MERDEKA COLLECTION

TUDUNG MERDEKA EDISI 2019 by ANIES IMAN

Bagi meraikan Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-62, Anies Iman telah mengeluarkan Tudung Merdeka yang diberi nama “AI MERDEKA”.

Terhasilnya koleksi Tudung Merdeka ini adalah bagi mengingati, menghargai serta meraikan pengorbanan para wira negara yang telah bergadai nyawa demi kemerdekaan negara kita.

Koleksi Tudung Merdeka kali ini didatangkan dengan dua (2) corak/koleksi yang berbeza iaitu Koleksi Peta Malaysia & Koleksi Rama-Rama.

Setiap perincian pada helaian Tudung Merdeka mempunyai makna yang tertentu.

  • Peta – Melambangkan negara Malaysia (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  • Bunga Raya – Melambangkan bunga kebangsaan Malaysia
  • Rama-rama – Memberi maksud negara malaysia BEBAS dari penjajah.
  • Lima (5) taburan nama Anies Iman – Bermaksud jenama Anies Iman sudah memasuki tahun ke-5 bertapak di dalam industri fesyen di Malaysia.
“SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIAKU BERSIH”

 

SHOP THE LOOK NOW!